Mula popular dengan aplikasi permesejan, Tencent terus berkembang kepada beberapa cadang industri yang lain. Terbaru, mereka telah berkolaborasi bersama BMW untuk menghasilkan teknologi swapandu.

Melalui teknologi yang ditawarkan, kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama dalam menghasilkan teknologi swapandu dalam beberapa mode berbeza merangkumi mod semi-auto dan automatik yang bakal dibangunkan di Tianjin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan teknologi yang ditawarkan, model-model terbaru BMW bakal menawarkan teknologi panduan sendiri berdasarkan ciri yang ditawarkan. Selain itu, kebolehan untuk mengesan lampu isyarat serta laluan pemanduan bakal memudahkan pengguna untuk tiba di destinasi tanpa perlu memandu.

2196875_45806c6410c13b1f84c4122ad5f38727
Sumber: ejinsight

Difahamkan pemilihan Tencent sebagai rakan kolaborasi berikutan kedudukan jenama ini yang popular di China sekaligus lebih hebat dalam mengenali gaya pembawaan kereta penduduk China.

Berdasarkan teknologi yang dibangunkan, teknologi swapandu BMW bersama Tencent ini bakal mula ditawarkan pada model keluaran BMW menjelang 2021. Setakat ini masih belum diketahui sama ada teknologi ini ditawarkan secara meluas atau khusus untuk pasaran China sahaja.

Sumber