Sudah menjadi lumrah buat pemilik kereta untuk menservis kenderaan mereka apabila capai sesuatu tempoh atau jumlah pemanduan. Menservis kenderaan yang selalunya memakan masa ini seringkali menjadi halangan buat sesetengah individu seterusnya membuatkan mereka menangguhkan tempoh servis.

Terbaharu, dalam usaha untuk memudahkan para pengguna BMW dan Mini di Malaysia, Auto Bavaria telah memeperkenalkan sebuah aplikasi rasmi khas buat para pengguna iaitu i-Service yang membolehkan pihak mereka datang ke rumah atau pejabat pengguna untuk menjalankan perkhidmatan servis kenderaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
autobavaria-iservice-950×687
Sumber: Amanz

Selain itu, aplikasi i-Service turut menyediakan fungsi semakan rekod servis kenderaan serta berpeluang berhubung secara terus kepada pihak BMW mengenai masalah kenderaan yang dihadapi. Menarik bukan?

Difahamkan servis i-Service ini cuma ditawarkan buat para pengguna BMW dan Mini yang berada sekitar 40km daripada pusat servis Auto Bavaria. Aplikasi i-Service kini sudah mula ditawarkan di iOS dan Android dan sudah boleh digunakan secara rasmi di Malaysia buat pengguna BMW dan Mini.

Sebelum ini pihak BMW telah membatalkan caj langganan Apple CarPlay buat para pengguna.

BMW Mulai Batalkan Caj Langganan Apple CarPlay Buat Para Pengguna

Kereta BMW 750iL Tempat Tupac Shakur Mati Ditembak Dijual Dengan Harga RM7 Juta