BMW telah mengumumkan model E-Scooter keluaran syarikat berkenaan akan berada di pasaran akhir tahun ini.

Scooter ini dicipta untuk individu yang mungkin perlu berjalan jauh untuk ke tempat kerja setiap hari. Ianya dilengkapi dengan motor 150-watt yang dikuasakan bateri lithium-ion yang mampu bergerak sepantas 19km/j dengan jarak 12km sekali cas.

Scooter ini hanya seberat 9kg menjadikannya mudah untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi. BMW juga mengekalkan rekaan minimalis pada scooter ini supaya anda kelihatan bergaya ketika menaikinya. Logo BMW diletakkan di bahagian hadapan untuk melengkapkan rekaan scooter ini.

BMW scoot 2

BMW scoot 3

Scooter ini akan memasuki pasaran Jerman terlebih dahulu pada September 2019 dan dijual pada harga USD895 (~RM3,748) sahaja. Satu model City Scooter tanpa motor dan Kids Scooter juga akan dilancarkan bersama E-Scooter ini. Dua model ini pula akan dijual pada harga USD225 (~RM942) dan USD135 (~RM565).

Nampaknya inilah produk BMW paling mampu milik untuk semua orang miliki.

BMW Scoot 5

BMW Scoot 4