Mulai diperkenal pada tahun lalu sebagai model BMW paling berkuasa, BMW M8 Competition pada kali ini telah mendapat upgrade daripada MANHART dalam menghasilkan jentera yang lebih berkuasa.

Seperti yang ramai sedia maklum, BMW sememangnya cukup sinonim dalam menghasilkan model kereta yang mewah serta rekaan yang mampu membuatkan sesiapa yang melihatnya teruja. Menerusi tuning daripada daripada MANHART pada kali ini, jenama ini berjaya berjaya menggandingkan model mewah empat tempat duduk ini dengan prestasi yang lebih menerujakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2020_05_bmw-m8-competition-manhart-mh8-800-812-bhp-supercar-luxury-coupe-tuned-2

https___hypebeast.com_image_2020_05_bmw-m8-competition-manhart-mh8-800-812-bhp-supercar-luxury-coupe-tuned-5

Mengulas dari segi prestasi, BMW M8 Competition pada asalnya sudah mempunyai prestasi enjin yang sangat mengagumkan dengan penyertaan enjin V8 4.4-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan 625 kuasa kuda.

MANHART nampaknya berjaya meningkatkan prestasi model yang dijenamakan sebagai MH8 800 ini dalam menghasilkan 823 kuasa kuda dengan 1,050Nm tork membolehkan model ini memecut 0-100km/h dalam tempoh 2.6 saat sahaja.

Tidak hanya memfokuskan kepada prestasi semata-mata, BMW MH8 800 turut disertakan dengan beberapa kemasan daripada MANHART. Penyertaan lip pada bahagian hadapan, sport rim beserta sistem ekzos yang menghasilkan bunyi yang lebih garang antara yang disertakan.

https___hypebeast.com_image_2020_05_bmw-m8-competition-manhart-mh8-800-812-bhp-supercar-luxury-coupe-tuned-4

https___hypebeast.com_image_2020_05_bmw-m8-competition-manhart-mh8-800-812-bhp-supercar-luxury-coupe-tuned-9

https___hypebeast.com_image_2020_05_bmw-m8-competition-manhart-mh8-800-812-bhp-supercar-luxury-coupe-tuned-8

BMW M8 Competition sedia untuk dimiliki dengan harga sekitar $146,000 (RM636,852.00) tidak termasuk cukai manakala tuning dan kemasan daripada MANHART bakal menelan belanja sebanyak $17,950 (RM78,297.90). Tonton video di bawh untuk melihat pecutan daripada super coupe mewah ini.

Minggu ini turut menyaksikan Nissan melancarkan model GT-R50. Godzilla daripada jenama ini dengan prestasi enjin yang lebih mantap.

Nissan GT-R50 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM4.7 Juta

Tonton Legenda Rally Ini Mengajar Anak Perempuannya Yang Berusia 13 Tahun Membuat ‘Drift’