Jenama BMW sememangnya jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam pasaran Malaysia. Disebalik harga penjualannya yang premium dalam menawarkan kereta mewah, jenama ini sekali lagi berjaya memperoleh rekod penjualan tertinggi di Malaysia pada tahun 2018.

Untuk pengetahuan, peningkatan penjualan BMW terus meningkat bermula tahun 2011 sehingga 2018 dimana setiap tahun BMW Group Malaysia konsisten dalam memperoleh jumlah penjualan tertinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
x5_1 (1)
BMW X5. Sumber: Motoring Research

Berdasarkan laporan BMW Group Malaysia berjaya menjual sebanyak 14,338 unit kereta melalui jenama BMW, MINI serta BMW Motorrad. Pencapaain yang diperoleh ini memperlihatkan BMW Malaysia berjaya meningkatkan jualan sebanyak 13% berbanding tahun 2017.

Difahamkan pengenalan 12 model baru antara yang memain peranan penting dalam meningkatkan jualan. Model yang paling menerima jumlah tempahan tertinggi adalah BMW X5 xDrive40e dengan 2,900 unit diikuti dengan BMW 330e M Sport sebanyak 2,149 unit.

2017 BMW 330e iPerformance M Sport – AutoBuzz.my
BMW 330e M Sport. Sumber: Autobuzz

Melihat kepada kejayaan yang diperoleh, BMW Group Malaysia komited untuk memperkenalkan lebih banyak lagi model kereta elektrik buat para pengguna serta meningkatkan jualan pada tahun-tahun mendatang.

Sumber