Mula diperkenalkan generasi lalu dengan penawaran plug-in hybrid, model ini nampaknya berjaya mendapat sambutan di Malaysia serta diteruskan BMW menerusi generasi G20 yang terbaru.

Menerusi pelancaran BMW 330e M Sport terbaru, BMW nampaknya telah menawarkan beberapa perubahan terbaru khususnya dari segi rekaan serta peningkatan jarak pemanduan menggunakan elektrik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

G20-BMW-330e-M-11-850×442

Dari segi rekaan, model ini berkongsi rekaan yang hampir sama seperti BMW 330i menerusi perkongsian siri yang sama. Enjin yang disertakan juga dilihat masih lagi dikekalkan daripada generasi lalu iaitu B48 2.0 turbo empat slinder yang mampu menghasilkan 248 kuasa kuda dan 420Nm tork.

Jarak pemanduan menggunakan elektrik nampaknya telah dipertingkatkan sebanyak dua kali ganda berbanding generasi lalu dimana model terbaharu ini mampu bergerak sejauh 60km berbekalkan 12.0 kWh bateri. Lebih menarik, bateri yang disertakan mampu menyokong had kelajuan maksimum sehingga 140km/h.

G20-BMW-330e-M-13-850×507

Turut ditawarkan bersama adalah waranti selama lima tahun atau 100,000km pemanduan yang mana terdahulu buat para pengguna. Waranti bagi bateri juga turut ditawarkan sehingga lapan tahun atau 160,000 pemanduan. Para pengguna juga diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh waranti sepanjang penggunaan.

BMW 330e M Sport terbaru sedia ditawarkan pada harga sekitar RM264,613 ketika ini bersempena dengan pemasuhan cukai kereta sehingga 31 Disember 2020.

BMW-M340i-xDrive-Malaysia-21-850×396

Turut dilancarkan bersama BMW 330e M Sport plug-in hybrid adalah BMW M340i xDrive. Hadir dengan enjin yang lebih besar, model ini disasarkan buat mereka yang mahukan lebih kuasa menerusi siri 3-series BMW dengan penawaran 382 kuasa kuda dan 500Nm tork.

Dari segi kuasa pecutan, BMW M340i nampaknya cuma memerlukan 4.4 saat untuk memecut dari 0-100km/h. Had kelajuan maksima bagi model ini mula direkodkan pada 250km/h. BMW M340i sedia untuk dimiliki dengan harga RM402,354 sehingga 31 Disember 2020.

Pada bulan lalu, pihak BMW telah melancarkan generasi baharu BMW M3 dan M4 dengan penyertaan kidney grill yang lebih besar.

BMW Perkenalkan Generasi Baharu M3 Dan M4 Dengan ‘Kidney Grill’ Yang Lebih Besar

Amuk Geng ‘Food Delivery’, Pemandu BMW Dipukul Dan Dikejar Penunggang Motosikal

Tonton Perlumbaan ‘Drag’ Antara Proton X50, BMW X1 Dan Honda HR-V