BMW Motorrad Malaysia perkenalkan dua model baharu iaitu C 400 X dan C 400 GT. Untuk pengetahuan anda, dua model ini dipasang di BMW China dan ianya sangat sesuai untuk dijadikan kenderaan harian untuk bandar.

Bagi model C 400 X, ia hadir dengan 3 pilihan warna iaitu putih, biru dan hitam, manakala model C 400 GT hadir dengan 3 pilihan warna juga iaitu kelabu, hitam dan putih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda ingin mendapatkan motosikal ini, harga bagi model C 400 X adalah RM44,500 manakala untuk model C 400 GT akan dijual pada harga RM48,500 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman Facebook BMW Motorrad Malaysia.

c400x:vckt5

c400x:vckt3

c400x:vckt4

c400gt:vckt2

Sumber