Umum tahu penyediaan sistem media di dalam kereta membolehkan anda mendapat sedikit hiburan melalui penyertaan radio atau sambungan kepada aplikasi penstriman muzik terkini.

Penyediaan infotainment system ini seringkali ditawarkan secara percuma namun tidak bagi jenama BMW sebelum ini. Melalui pengenalan Apple CarPlay pada kereta BMW, jenama ini telah mengenakan caj langganan kepada para pengguna bermula Julai lalu.

Mercedes-Benz – Apple “CarPlay”
Sumber: BMW Blog

Baru sahaja pelan langganan dijalankan selama lima bulan, BMW pada bulan ini mulai membatalkan caj langganan dalam memberi keselesaan dan kemudahan buat kesemua penggunannya.

Pembatalan caj langganan ini turut dijalankan secara serentak di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Australia serta Malaysia. Malah, pihak BMW Malaysia turut mengesahkan pembatalan langganan Apple Car Play.

BMW-Malaysia-Connected-Drive-Apple-CarPlay-subscription-service

Untuk pengetahuan, caj langgan Apple Car Play sebelum ini adalah sebanyak RM5 bagi tempoh percubaan sebulan, RM513 untuk tempoh setahun dan RM799 untuk tiga tahun langganan. Para pelanggan juga turut ditawarkan dengan pakej seumur hidup dengan harga RM1,899.

Pihak BMW mengatakan alasan caj langganan yang dikenakan sebelum ini adalah disebabkan sambungan sistem media BMW bersama platform Apple yang kompleks.

Pelan ini yang dibuat ini mungkin menguntungkan pengguna BMW yang belum pernah melanggan walau bagaimanapun buat mereka yang melanggan, pihak BMW tidak akan menawarkan sebarang bayaran balik setakat ini.

Sekitar Jun lalu, BMW telah memperkenalkan model M850i. Turut dikongsikan kekecewaan lelaki ini yang buang kereta BMW kerana tidak mendapat kereta Jaguar.

BMW Perkenalkan ‘8 Series Gran Coupé’ Dengan Enjin V8 Dwi-Turbo

Kecewa Tidak Dapat Kereta Jaguar, Lelaki Ini Buang BMW Ke Dalam Sungai