Selang seminggu selepas Apple mengumumkan kerjasama bersama syarikat BMW, jenama ini nampaknya tidak menunggu lama dalam menawarkan teknologi kunci kereta digital menerusi kemas kini terbaru aplikasi BMW Connected.

Menerusi gabungan teknologi dua syarikat ini, para pengguna BMW berpeluang ‘menyimpan’ kunci kereta mereka secara digital menggunakan Apple Wallet. Dalam erti kata lain, menghidupkan kereta BMW selepas ini boleh diakses menggunakan iPhone dan Apple Watch sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

bmw-apple-carkey

Bukan itu sahaja, BMW Digital Key membolehkan pengguna lock dan unlock kereta hanya dengan merapatkan iPhone pada pemegang pintu kereta serta menghidupkannya dengan meletak iPhone pada tempat meletak telefon di dalam kereta. Mudah bukan?

Teknologi terbaru ini sedia ditawarkan buat pengguna iPhone XR, XS serta model-model terbaru begitu juga dengan Apple Watch Series 5. Model kereta yang menyokong BMW Digital Key pula terdiri daripada BMW 1,2,3,4,6,8 series serta X5, X5M, X6, X6M, X7 dan Z4.

p90391841_highres_bmw-digital-key-06-2_1

Sekiranya anda merupakan pengguna model terbaru Apple dan BMW, teknologi futuristik ini adalah untuk anda.

Terbaharu, Switch telah menawarkan promosi iPhone 11 Pro dan Pro Max dengan diskaun sehingga RM500. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Switch Tawarkan Promosi iPhone 11 Pro Dan Pro Max Dengan Diskaun Sebanyak RM500

Rekaan Apple iPhone 12 Sekali Lagi Tertiris