Jenama automotif dari Jerman, BMW baru-baru ini telah memperkenalkan model mewah terbaru mereka iaitu 8 Series Gran Coupe melalui model M850i. Menariknya, model coupe yang diperkenalkan ini hadir dengan empat pintu dan dikhususkan buat mereka yang dambakan keselesaan, eksklusif serta kepantasan.

Dari segi spesifikasi, BMW M850i disertakan dengan enjin V8 twin-turbo dengan keupayaan untuk mencapai 526 kuasa kuda serta memecut 0-100km/h dalam jangka masa 3.9 saat sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengguaan sistem pacuan empat roda pada model terbaru ini sekaligus memberi lebih kestabilan buat pemandu untuk mengawal khususnya ketika memandu pada keadaan yang laju. Dari segi kelengkapan lain, BMW turut memberi menawarkan suspension M Sport yang terbaik untuk pemanduan pantas dan selesa yang boleh dilaraskan. 

BMW 8 Series Gran Coupé mula ditawarkan pada harga $87,000 (RM360,876.00) untuk model 840i manakala model M50i hadir dengan harga tertinggi iaitu $123,000 (RM510,204.00) tidak termasuk cukai.

https___hypebeast.com_image_2019_06_bmw-8-series-gran-coupe-m850i-four-door-first-look-2

https___hypebeast.com_image_2019_06_bmw-8-series-gran-coupe-m850i-four-door-first-look-3

https___hypebeast.com_image_2019_06_bmw-8-series-gran-coupe-m850i-four-door-first-look-4

https___hypebeast.com_image_2019_06_bmw-8-series-gran-coupe-m850i-four-door-first-look-6

https___hypebeast.com_image_2019_06_bmw-8-series-gran-coupe-m850i-four-door-first-look-8

https___hypebeast.com_image_2019_06_bmw-8-series-gran-coupe-m850i-four-door-first-look-9

https___hypebeast.com_image_2019_06_bmw-8-series-gran-coupe-m850i-four-door-first-look-10