Selepas beberapa bulan hadir dengan teaser, BMW secara rasminya telah melancarkan sports sedan dan coupe generasi terbaru mereka menerusi model BMW M3 dan M4.

Menerusi model yang dilancarkan pada kali ini, BMW nampaknya tampil dengan rekaan yang lebih agresif dan garang. Bahagian hadapan model ini yang tampil dengan kidney grill yang lebih besar antara yang menarik perhatian ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2020_09_bmw-m3-m4-competition-2021-024

https___hypebeast.com_image_2020_09_bmw-m3-m4-competition-2021-026

https___hypebeast.com_image_2020_09_bmw-m3-m4-competition-2021-017

https___hypebeast.com_image_2020_09_bmw-m3-m4-competition-2021-023

https___hypebeast.com_image_2020_09_bmw-m3-m4-competition-2021-022

Tidak hanya agresif dari segi rekaan, model ini turut juga tampil garang melalui prestasi yang ditawarkan. Terdapat dua varian ditawarkan menerusi enjin S58 twin turbo dimana model M3 dan M4 bakal dikuasakan dengan 473 kuasa kuda beserta 406Nm tork membolehkan para pengguna memecut 0-100km/h dalam tempoh 4.1 saat.

Buat anda cintakan kelajuan dan mahukan prestasi BMW turut menawarkan Competition buat M3 dan M4 yang mampu menghasilkan 503 kuasa kuda dan 479Nm tork dengan kuasa pecutan 0-100km/h dalam tempoh 3.8 saat sahaja.

https___hypebeast.com_image_2020_09_bmw-m3-m4-competition-2021-03

https___hypebeast.com_image_2020_09_bmw-m3-m4-competition-2021-06

ยขhttps___hypebeast.com_image_2020_09_bmw-m3-m4-competition-2021-036

Dari segi harga BMW M3 dan M4 masing-masing ditawarkan dengan harga bermula daripada $70,895 (RM295,526) dan $73,795 (RM307,614) tidak termasuk cukai. Sebuah harga yang premium bagi sports sedan dan coupe daripada BMW.

Ikuti kisah wanita ini yang dilayan bagai ‘bos’ oleh pemandu BMW sewa sekaligus mengajarkan beliau erti bekerja dengan ikhlas.

Dilayan Bagai ‘Bos’ Oleh Pemandu BMW Sewa, Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas

BMW Muncul Jenama Pertama Tawarkan Teknologi Kunci Kereta Digital Bersama Apple