Penawaran kereta hothatch semakin mendapat tempat dikalangan pengguna. Rekaannya yang kompak serta enjinnya yang berkuasa tinggi antara yang membuatkan orang ramai mengimpikannnya.

Terbaru, BMW pada kali ini telah memperlihatkan model terbaru daripada 1 Series keluaran mereka yang dengan sentuhan M Performance dimana model ini tampil lebih sporty. Model ini turut dilengkapkan dengan beberapa bahagian daripada material carbon fiber.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi prestasi, BMW M135i dikuasakan oleh enjin 2.0 liter dengan 302 kuasa kuda serta memecut 0-100km/h dalam jangka 4.8 saat. BMW turut menjanjikan pemanduan yang terbaik buat para pemandu melalui teknologi BMW xDrive four-wheel drive system. Model ini turut menyertakan rim 18-inci dan dilengkapkan dengan stereng dengan kemasan alcantara.

Setakat ini masih belum diketahui harga rasmi bagi model BMW M135i ini. Model ini dijangka bakal menjadi pesaing rapat kepada Mercedes-Benz AMG A45 yang menjadi kegilaan ramai.

https___hypebeast.com_image_2019_05_bmw-2019-1-series-m-performance-options-003

https___hypebeast.com_image_2019_05_bmw-2019-1-series-m-performance-options-002

https___hypebeast.com_image_2019_05_bmw-2019-1-series-m-performance-options-004

https___hypebeast.com_image_2019_05_bmw-2019-1-series-m-performance-options-009

https___hypebeast.com_image_2019_05_bmw-2019-1-series-m-performance-options-013

Baca lagi: Pandang Pertama Mercedes-AMG Model C118 CLA45