Selepas hampir lima tahun BMW X6 generasi kedua dilancarkan, BMW pada minggu ini telah melancarkan model terbaru BMW X6 yang hadir dengan rekaan yang lebih fresh beserta prestasi enjin yang lebih power.

Dari segi rekaan, BMW berjaya membawakan rekaan wajah baru pada X6 disamping mengekalkan ciri sporty pada model ini. Rekaan lampu bahagian depan dan belakang turut diberi kemaskini disamping mengekalkan rekaan ikonik grill hadapan jenama yang berasal dari Jerman ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model terbaru ini turut hadir dengan beberapa variasi model berbeza terdiri daripada dua model petrol serta dua model diesel. Model yang paling berkuasa serta menarik perhatian ramai adalah BMW X6 M50i yang dikuasakan dengan enjin 4.4 liter dwi-turbo V8 dengan 523 kuasa kuda dan 750 Nm tork.

Berdasarkan prestasi enjin yang hebat, tidak hairanlah model crossover SUV ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 250 km/h melalui bantuan teknologi BMW xDrive.

Setakat ini masih belum diketahui berapakah harga rasmi yang bakal ditawarkan BMW pada model ini. Namun melihat kepada rekaan serta enjinnya, kami yakin model ini pastinya bakal membuatkan ramai yang terpukau.

bmw-x6-2019

https___hypebeast.com_image_2019_07_bmw-x6-2019-2020-update-suv-crossover-m-sport-3

https___hypebeast.com_image_2019_07_bmw-x6-2019-2020-update-suv-crossover-m-sport-4

https___hypebeast.com_image_2019_07_bmw-x6-2019-2020-update-suv-crossover-m-sport-5

https___hypebeast.com_image_2019_07_bmw-x6-2019-2020-update-suv-crossover-m-sport-7