Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semenjak harga minyak tidak stabil sejak-sejak hari ini, orang ramai tidak kira sama ada pengguna kereta tempatan atau import mula mengeluh terkesan dengan harga bahan api yang kian meningkat.

Baru-baru ini, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kerajaan berkemungkinan memperkenalkan mekanisme bahan api yang disasarkan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Tambahnya lagi, kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai berikutan lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api untuk 2022 kepada RM28 bilion berbanding RM11 bilion pada 2021.

“Mereka yang mempunyai BMW tidak boleh menikmati subsidi yang sama seperti mereka yang mempunyai Kancil.

“Kami bercakap tentang semakan itu dalam pemukiman (retreat) khas baru-baru ini,” katanya semasa sidang akhbar mengenai Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Memetik Sinar Harian, pada April lalu, Petronas Dagangan Bhd memaklumkan ia telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan berhubung mekanisme subsidi bahan api berikutan peningkatan harga minyak mentah di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berkata, kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai untuk mekanisme bahan api yang disasarkan yang dijangka siap tidak lama lagi.

Untuk maklum, harga terkini RON95 masih kekal RM2.05. Manakala RON97 pula berharga RM4.33, meningkat sebanyak 2 sen berbanding satu minggu sebelumnya.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Menteri Besar Johor mencuri tumpuan ramai apabila menyamar menjadi orang biasa menaiki bas bersendirian untuk menilai sistem pengangkutan awam untuk ke Singapura.

MB Johor Naik Bas Menyamar Jadi Orang Biasa, Mahu Nilai Sendiri Pengangkutan Awam

759 Pemandu Mabuk Ditahan, Meningkat Hampir 8 Kali Ganda Berbanding Tahun Lalu

Dakwa Dilanggar Lari ‘Escort VIP’, Video Luahan Kekecewaan Pemilik Kereta Cetus Pertikaian Netizen