Buat peminat setia Apple dan Steve Job, ada barangan peribadi Steve yang akan dilelong dalam masa terdekat. Laman bidaan Sotheby akan melelong kereta yang pernah dimiliki oleh Steve Job, sebuah kereta BMW Z8.

BMW Z8 ini dibeli oleh Steve pada tahun 2000 dan hanya dipandu sejauh 24 ribu kilometer sahaja. Ianya memang dalam keadaan yang sangat baik dan seperti juga Apple, kereta ini nampak sangat minimalis dengan warna Titanium dan kemasan kerusi kulit bewarna hitam.

Model kereta ini dijangka akan terjual sekitar harga USD400,000 (lebih kurang RM1.69 juta). Sebarang bidaan boleh dibuat di sini. Kalau peminat tegar barangan Apple, bolehlah cuba untuk buat bidaan untuk kereta ini.

job2

job3

job4

Sumber