Arena BNPL dilihat sangat rancak di Malaysia yang mana sejumlah syarikat menawarkan servis tersebut kepada orang ramai. Disebabkan ia mudah diakses, BNPL menjadi antara pilihan pengguna untuk membeli barangan secara ansuran.

Menerusi perkongsian terbaharu BNM, mereka mendapati sasaran segmen isi rumah skim BNPL ini dilihat masih terarah kepada golongan muda dan memiliki pendapatan rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: BNM

Dinyatakan 44% pengguna BNPL adalah berusia antara 18 sehingga 30 tahun. Malah tinjauan di bawah Laporan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2022 ini turut memperincikan 80% individu yang mempunyai gaji RM3,000 dan ke bawah menggunakan servis.

Secara purata, jumlah yang dibelanjakan pemegang akaun BNPL adalah sekitar RM545.20 berdasarkan data pada suku ke-4 2022 lepas. Ini secara langsung menjadikan kumpulan ini lebih terdedah akan sebarang tekanan kewangan semasa.

Setakat suku keempat 2022, kadar tunggakan BNPL didapati meningkat 17% berbanding suku sebelumnya 14%. Walaupun kadar tunggakan telah meningkat, BNM melihat risiko BNPL masih lagi ditahap terhad susulan sumbangannya pada jumlah hutang isi rumah hanyalah sekitar 0.05%.

Oleh itu, pihak BNM bersama Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) mahu mempercepatkan pembentangan Akta Kredit Pengguna untuk melandaikan risiko pinjaman tersebut di masa depan. Selepas akta digubal kelak, ia bakal membawa keperluan aturan piawaian ke atas penyedia BNPL.