Kehadiran wabak COVID-19 tidak hanya menjejaskan kesihatan malah turut melumpuhkan ekonomi yang menjejaskan orang ramai khususnya buat para peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Melihat kepada situasi semasa, Bank Negara Malaysia (BNM) telah membenarkan pelanggan perbankan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman sedia ada mereka termasuk gadai janji dan sewa beli bagi tempoh enam bulan.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Langkah yang dibuat BNM ini bertujuan untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan melalui penularan wabak COVID-19.

Bank-NegaraBNM17 (1)

Berdasarkan moratorium yang dikongsikan BNM penangguhan ini bakal dijalankan buat kesemua individu secara automatik bermula 1 April sehingga September 2020.

Sepanjang tempoh ini tidak ada sebarang faedah bakal dikenakan buat para peminjam yang mempunyai rekod baik dalam pinjaman sepanjang 90 hari. Difahamkan penangguhan ini tidak tertakluk kepada pinjaman kad kredit.

Untuk maklumat lanjut mengenai penangguhan pinjaman bank selama enam bulan ini, para peminjam boleh ke cawangan bank berdekatan untuk menyemak dan mengesahkan status penangguhan.

Di Selangor, seramai 80,000 penjaja dan peniaga bakal menerima bantuan sebanyak RM500.

80,000 Penjaja Dan Peniaga Di Selangor Bakal Terima Bantuan RM500

Orang Ramai Cetus Kesesakan Di Jambatan Pulau Pinang, Tidak Hirau Perintah RMO

Anda Mungkin Suka