Lewat petang semalam tular beberapa rakaman video sebuah Proton Waja merempuh tiga buah kenderaan untuk melarikan diri dari ditahan polis. Tindakan ganas tersebut telah menyebabkan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan pada tayar untuk memberhentikan kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis berjaya menahan salah seorang lelaki berusia 35 tahun yang melarikan diri daripada diberkas polis di Bulatan Sierramas petang semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lelaki tersebut diberkas di kawasan perumahan Desa Aman, beberapa kilometer dari lokasi kereta Proton Waja ditinggalkan. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan yang ditinggalkan menemukan heroin ditinggalkan suspek.

“Seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Bob Mahsing berusia 40-an kini sedang diburu polis,” katanya dalam satu kenyataan di buat semalam.

Perkembangan terkini, Bob Mahsing yang menjadi buruan polis semalam telah ditahan pada pukul 11.45 malam di sebuah rumah di Shah Alam semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Tambah Nik Ezanee, permohonan reman akan dilakukan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427, 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan, Senjata Berbahaya 195 

Semalam heboh di media sosial selepas beberapa rakaman video pihak polis melepaskan tembakan untuk memberhentikan sebuah Proton Waja bertindak ganas untuk melarikan diri.

Dua Penjenayah Lolos Walaupun Tayar Kereta Ditembak Anggota Polis

Hanya Sebab Tidak Pandai Memandu, Belasan Kereta Baru Milik ‘Jutawan Segera’ Rosak