Tidak dapat dinafikan bahawa filem animasi di negara kita sudah bertaraf antarabangsa. Bukan hanya memiliki jalan cerita yang menarik tetapi tampil dengan sinematografi yang cantik dan ‘smooth’.

Untuk pengetahuan anda, BoboiBoy The Movie 2 yang ditayangkan pada tahun lepas telah mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM9.9 juta dalam masa 5 hari sahaja.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Terbaharu, Nizam Razak telah berkongsi satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Filem BoboiBoy The Movie 2 telah berjaya menjadi finalis di Anugerah Filem Animasi New York.

Alhamdulillah. Finalist for New York Animation Film Awards!

Posted by Nizam Razak on Monday, 15 June 2020

Difahamkan, filem BoboiBoy The Movie 2 tercalon dan menjadi finalis untuk filem animasi 3D terbaik. Tahniah diucapkan kepada Nizam Razak, Monsta dan team BoboiBoy The Movie 2.

Diharap kejayaan akan menjadi milik BoboiBoy The Movie 2. Sekali lagi, kami ucapkan tahniah!

Sementara itu, jika anda belum menonton filem ini, anda boleh baca review ia pada pautan di bawah dan tonton di Netflix. 

Mengapa ‘BoboiBoy Movie 2’ Adalah Sebuah Karya Yang Sempurna Bagi Saya

‘BoboiBoy 2’ Terus Unggul Kutip RM9.9 Juta Dalam Masa 5 Hari

Selepas Filem, Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 Pula Bakal Tembusi Asia Tenggara

Anda Mungkin Suka