Animonsta Studios Sdn. Bhd. atau Monsta dengan bangganya mengumumkan filem animasi BoBoiBoy The Movie kini ditayangkan di lebih 100 buah pawagam di seluruh Korea Selatan bermula 1 Mac 2017.

Filem pertama dari Malaysia yang berjaya menembusi pasaran negara itu, juga akan dialih bahasa kepada Bahasa Korea.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kesemua pawagam utama seperti Lotte, CGV dan Megabox akan menayangkan filem ini ke seluruh negara berkenaan.

Kita biasanya mendengar filem atau drama Korea dibawa masuk ke Malaysia, namun amatlah jarang sekali ataupun tidak pernah lagi didengari filem Malaysia berjaya masuk ke pasaran Korea Selatan. Oleh itu, ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh industri perfileman tempatan khususnya dalam sektor animasi negara.

Sudah pasti ramai rakyat Malaysia akan berasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan filem mini yang dihasilkan 100% di Malaysia untuk ditayangkan di Korea.

Korea menjadi negara ke-5 menayangkan filem BoBoiBoy The Movie selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Kutipan kasar untuk 4 negara ini telah mencecah lebih RM19 juta.

Menurut Monsta, mereka amat yakin koleksi tiket di Korea nanti mampu menjadikan filem BoBoiBoy The Movie selaku filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Ianya juga bakal membantu penggiat seni dan karyawan dari Malaysia juga Asia Tenggara untuk menembusi pasaran di sana untuk meluaskan lagi pasaran filem tempatan.

Untuk maklumat terkini, anda boleh melawat laman Facebook Boxoo. Boxoo Entertainment adalah pengedar filem mini di Korea Selatan.

Pembelian tiket terkini juga dapat dilihat menerusi laman web pawagam di sana: Lotte, CGV, Megabox

Satu lagi perkara untuk dibanggakan, ada beberapa waktu tayangan sudah habis dijual!

Berita terakhir, Papa Zola dalam Bahasa Korea adalah Oppapa Zola.

Selamat berjaya kepada BoBoiBoy dan tim Monsta.

BACA: Kenapa BoBoiBoy Menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 Rahsia Didedahkan