Jika pada awal bulan lalu kecoh dengan kereta elektrik Mini EV X2 yang hadir dengan harga mampu milik, kini muncul sebuah lagi kereta elektrik bersaiz kompak daripada China iaitu Bodo Chronus.

Tidak seperti Mini EV X2 yang tidak mencapai standard untuk ditawarkan di negara luar daripada China, model Bodo Chronus ini hadir dengan saiz kereta sebenar menerusi segmen-A hatchback serta sudah mula ditawarkan di pasaran luar termasuk Eropah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadir dengan saiz yang lebih kecil daripada Perodua Axia, Bodo Chronus mempunyai berat yang lebih ringan berbanding Perodua Axia iaitu sekitar 769kg atau dalam erti kata lain 81kg lebih ringan berbanding Axia.

smartcapture
Sumber: Anhui Bodo
dav
Sumber: Anhui Bodo
Enjin dan bateri

Dari segi kuasa enjin, jelas prestasi kereta elektrik Bodo Chronus sangat lemah berbanding model-model lain. Model ini sekadar mempunyai 10 kuasa kuda melalui penggunaan motor elektrik berkuasa 7.5 kW. Berdasarkan enjin yang dikuasakan oleh Bodo Chonus, tidak hairanlah model ini sekadar berjaya mencapai kelajuan maksima 65 km/j sahaja.

Melalui penggunaan bateri Lithium Lipo4 10.8 kW/j 12V, Bodo Chronus mampu bergerak sekitar 120 hingga 150 kilometer untuk satu pengecasan penuh. Difahamkan satu pengecasan penuh model ini perlu mengambil masa sekitar 8 hingga 10 jam.

Screen Shot 2020-05-16 at 1.35.16 PM
Sumber: Anhui Bodo
HLB191rcQyrpK1RjSZFh760SdXXaC
Sumber: Anhui Bodo

Tidak hanya menawarkan memfokuskan kepada penggunaan motor elektrik semata-mata, Bodo Chronus turut dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, tempat duduk dengan fabrik kulit beserta kamera undur.

Harga

Screen Shot 2020-05-16 at 2.14.48 PM

Mengulas dari segi harga, model ini sudah mulai ditawarkan di laman Alibaba dengan harga $8,000 (RM34,813.60) untuk tempahan 2 hingga 8 unit manakala tempahan 9 unit ke atas hadir dengan harga $7,000 (RM30,461.90).

Di Eropah, model ini mula ditawarkan dengan harga €12,900 (~RM60,749.08) buat pembeli yang memilih skim skrap kereta lama. Harga yang boleh dikatakan agak tinggi untuk sebuah jenama Bodo yang tidak dikenali ramai.

Kami kongsikan Mini EV X2 berharga RM13,800 yang tular pada awal bulan lalu berikutan harganya yang mampu milik.

Mini EV X2, Kereta Elektrik Kompak Berharga Hanya RM13,800 Buat Netizen Teruja

Gara-Gara Langgar Viva Hingga Remuk, Pemilik Lamborghini Belikan Mangsa Myvi Sebagai Ganti

Sumber