Dek kerana terlalu sibuk untuk bertanyakan tentang agama yang dianuti model tempatan Alicia Amin, seorang netizen ditegur bapa kepada model tersebut di media sosial.

Dalam satu perkongsian yang dibuat Alicia di Twitter, beliau menulis ‘bapanya tidak main-main’ sambil memuat naik tangkap layar komen bapanya menegur netizen tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/AliciaAmin/status/1274989447583420416?s=20

Netizen itu terdahulu meninggalkan komen yang penuh dengan persoalan itu di hantaran yang dibuat adik beradik lelaki Alicia, Raja Adam Iskandar di Instagram.

“Nak tanya ni Alicia Amin tu Islam ke bukan Islam dan dia siapa dengan anda @rajaadmisk?” soalnya.

Melihat persoalan itu, bapanya kemudian tampil menjawab pertanyaan itu dengan bertanyakan kembali sama ada netizen tersebut beragama Islam atau tidak.

Ini kerana menurutnya Islam bukanlah agama yang mengajar umatnya untuk membuka aib orang lain di hadapan khalayak ramai.

“Setiap orang itu keburukannya kita kenalah doa Allah berikan hidayah.

“Nampak sangat awak tu sama ada nak cuba dapatkan publisiti atau ingat awak lebih daripada semua.

“Cuba duduk diam-diam atau kena block saja. Bodoh dan sombong tak kena masa dan tempat,” tegur bapanya.

Mengulas mengenai ramai netizen yang tidak sepatutnya bertanyakan soalan seperti itu, Alicia memberitahu apa yang dilakukannya bukanlah urusan mereka (netizen).

“Saya nampak ramai yang tidak faham kenapa soalan macam ini tidak perlu dijawab.

“Saya faham saya bertatu, saya pakai seksi, dan gaya hidup saya bukan macam Muslim.

“Anda semua tertanya-tanya tetapi ini bukan urusan anda,” ulas Alicia.

Alicia Amin merupakan model terkenal tempatan dan pernah menyertai pertandingan Asia’s Next Top Model sebelum ini.

Baru-baru ini netizen juga mempersoalkan tindakannya memasak rendang untuk dijual. Baca mengenainya di pautan di bawah.

Alicia Amin Jawab Teguran Netizen Berhubung Isu Pakaian Ketika Memasak Rendang

Alicia Amin Seru Model Boikot Bekerja Dengan Jenama dUCk

Sumber