Boeing kini sedang berusaha untuk menyediakan dana khas untuk keluarga mangsa nahas 737 Max yang berlaku semenjak Oktober lalu. Boeing dengan kerjasama dengan pihak kerajaan negara terlibat dan beberapa badan NGO akan mengumpulkan dana bernilai USD100,000,000 (~RM413,310,000).

Dana tersebut akan digunakan untuk membiayai pendidikan, kos sara hidup dan program komuniti setempat yang terlibat. Pihak Boeing memberitahu dana ini kini sedang dalam fasa pengumpulan dan tarikh pengagihan akan diumumkan kemudian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

p07345ww

Dana ini akan diagihkan kepada pihak keluarga mangsa nahas melibatkan Ethiopian Airlines penerbangan ET302 dan Lion Air penerbangan JT610.

lion_air

Pihak Boeing dalam masa yang sama menegaskan bahawa sumbangan ini tidak akan mengganggu sebarang proses undang-undang yang telah dikemukakan oleh pihak keluarga mangsa.

Sumber