Tiada siapa yang yakin lagu sepanjang 6 minit ini akan dimainkan di radio dan tiada siapa yang jangka lagu unik ini akan berjaya. Itulah penangan Bohemian Rhapsody ciptaan kumpulan Queen yang kini dinobat lagu abad ke-20 paling banyak didengar menerusi streaming.

Kejayaan ini turut dibantu oleh filem Bohemian Rhapsody yang keluar bulan lalu dan ketika ini, Universal Music Group berkata lagu berkenaan sudah melepas 1.6 bilion streams di seluruh dunia. Jumlah ini diambil daripada gabungan stream menerusi aplikasi Spotify, Apple Music, Deezer dan juga YouTube.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=AyRpGcXSgvc

Bohemian Rhapsody berjaya mengalahkan lagu hebat abad ke-20 yang lain seperti Smells Like Teen Spirit (Nirvana) dan Sweet Child O’Mine (Guns N’ Roses’).

Filem biografi Bohemian Rhapsody berjaya mengutip kutipan USD600 juta di seluruh dunia. Pelakon Rami Malek yang melakonkan watak Freddie Mercury turut tercalon untuk anugerah Golden Globe kerana lakonan berkesannya sebagai Freddie. Beliau juga dijangka akan dicalonkan untuk anugerah Oscar pada bulan Januari ini. Tahniah buat kumpulan Queen.

BACA: Wayne’s World Filem Yang Popularkan Kembali ‘Bohemian Rhapsody’ Di Seluruh Dunia