Aktiviti berkaraoke di dalam kereta sememang sudah menjadi lumrah sebahagian orang ramai, lebih lagi-lagi untuk memenuhi masa apabila terperangkap di dalam kesesakan trafik.

Pembuat kereta elektrik terkenal Amerika Syarikat, Tesla memperkenalkan mikrofon karaoke yang dikenali sebagai ‘TeslaMic’ khas untuk pelanggan-pelanggan di China menukarkan kenderaan mereka menjadi sebuah pusat karaoke bergerak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sistem ini direka untuk berfungsi dengan kemas kini baharu yang terbina dalam teknologi infotainmen Tesla untuk sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kemas kini itu membolehkan pemandu Tesla mengakses lagu dan video karaoke dalam kereta mereka apabila kenderaan tidak bergerak.

Menurut NY Post, mikrofon karaoke yang berharga ¥1,199 (RM792.52) itu habis terjual  kurang daripada satu jam selepas produk tersebut boleh didapatkan menerusi laman web Tesla China.

Sumber Gambar: Teslarati

Oleh kerana mendapat sambutan yang sangat hangat, produk itu dijangka bakal ditawarkan semula pada akhir bulan Februari ini, berserta kemas kini perisian Tesla ‘2022.2.1’ yang akan memenuhi keperluan pasaran domestik dan lebih banyak fungsi baharu bersesuaian dengan pengguna setempat.

Bagaiamanapun wakil Tesla tidak memberikan sebarang maklum balas sama ada produk ‘TeslaMic’ turut akan berada di pasaran Amerika Syarikat pada masa akan datang.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Oleh kerana ramai yang ‘leka’ semasa menggunakan mod ‘Auto-Pilot’, Tesla aktifkan kamera untuk pantauan bagi elakkan insiden kemalangan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tesla Mula Aktifkan Kamera Untuk Pantau Pemandu Yang Guna ‘Auto-Pilot’

Kereta Tesla Roadster Bakal Guna Teknologi SpaceX, Berpeluang Memecut 0-100KM/J Dalam 1.1 Saat

Tesla Mahu Bangunkan ‘Power Bank’ 100MW Gergasi Di Indonesia