Nota Editor: Artikel ini asalnya diterbitkan di laman Ohmedia.com, syarikat web dan pengiklanan yang berdaftar dan berpengaruh di Malaysia. Kami kongsikan semula di sini dengan harapan ia juga akan memberi manfaat untuk anda.


Apple mereka iPhone untuk melalui hampir apa sahaja cara pengguna mengecas. Teknologi yang sama juga turut digunakan pada Macbook dan Apple cukup berpengalaman di dalam hal ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai pengguna bertanya, adakah dengan mengecas iPhone sepanjang malam atau terlalu lama akan merosakkan bateri.

Jawapannya, tidak. Jika perkara ini benar, sudah tentu banyak kes iPhone rosak setiap hari. Contoh terbaik kami boleh berikan, iPhone yang dipamerkan di Apple Store dicucuk pengecas setiap masa, bukan?

Ramai juga yang bertanya, kenapa iPhone menjadi panas apabila sedang dicas.

Terdapat beberapa punca iPhone menjadi panas ketika dicas. Pertama, jangan gunakan iPhone ketika ianya sedang dicas. Menggunakannya ketika dicas menyebabkan masa mengecas lebih lama, ini boleh menyebabkan bateri bekerja lebih keras dan kesanya adalah haba. Perlu diingatkan anda boleh terkena kejutan elektrik jika tangan anda basah atau berpeluh.

Kedua, ada aplikasi yang sedang berjalan (multitasking). Tekan home button dua kali dan tutup semua aplikasi. Ini akan mengurangkan penggunaan RAM dan cip pemprosesan, membuatkan iPhone tidak menjadi panas.

Ketiga, ramai yang berkata iPhone menjadi panas apabila dicas menggunakan pengecas di dalam kereta. Ini adalah perkara biasa kerana penggunaan kuasa yang banyak untuk skrin, GPS, 3G, mencari wifi dan sebagainya. iPhone akan menjadi lebih panas apabila anda menggunakan aplikasi GPS seperti Papago atau Waze.

Walaupun begitu, anda tidak perlu risau kerana Apple mencipta iPhone untuk melalui semua situasi ini. Jika iPhone anda menjadi terlalu panas, iPhone akan mengeluarkan amaran dan ‘sleep’ iPhone anda untuk beberapa minit sehingga menjadi sejuk semula

LOj9y5z