Umum mengetahui, banyak trend yang menjadi ikutan para pengguna TikTok tetapi trend yang tular baru-baru ini telah menjadi bualan orang ramai terutama sekali mereka yang beragama Islam.

Mana tidaknya, muncul trend dimana menjadikan kipas sebagai makmum atau imam ketika menunaikan solat. Hal ini jelas menunjukkan pelaku jahil dalam agama selain sengaja mempersendakan Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@adhy2424

ya Allah ada apa sih dg mereka sampai” kipas angin di jadikan makmum nya #brandaku🙏

♬ original sound – Widia Shopia Dewi – Widia Shopia Dewi

Lantaran itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor tampil memberi respon berhubung trend yang tular itu. Menurutnya, perbuatan itu jelas menunjukkan bahawa pelaku itu jahil dari segi agama dan sengaja untuk mempersendakan Islam.

Tidak hanya itu, ia boleh merosakkan akidah seseorang dan perkara tersebut dianggap sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam serta hukumnya adalah dosa besar.

Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah, maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan perlu dihukum mengikut undang-undang sedia ada. Oleh itu, dia turut berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara terbabit dengan kadar segera.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan trend di TikTok pada pautan di bawah.

Trend TikTok Bakar Hutan Demi ‘Content’ Di Pakistan Hancurkan Taman Negara

7 K-Pop ‘Challenge’ Yang Popular Dan Diikuti Ramai Di TikTok

Trend TikTok Anak Muda ‘Salam Dari Binjai’ Ranapkan Kebun Pisang Milik Orang Kampung

Sumber