Sejak semalam, tular di media sosial beberapa tangkap layar dan video yang memaparkan outfit avatar dan rekaan ruangan lepak segelintir pengguna aplikasi Bondee. Aplikasi ini mula menjadi perhatian ramai dan dilihat makin ramai orang muat turun aplikasi ini di telefon pintar mereka.

Bagi anda yang tidak tahu, aplikasi Bondee ini yang dibangunkan oleh perusahaan teknologi Singapura, Metadream ini adalah sebuah platform sosial meta-universal yang membolehkan anda berinteraksi, lepak dan membuat aktiviti bersama rakan secara virtual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

@anairdairdne

app name: bondee #bondee #foryou #cute #friends

♬ omg sped up all – 🎧

https://www.tiktok.com/@_frhdna/video/7192827388839988506?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Apabila anda muat turun aplikasi ini, anda akan dapat ‘custom’ avatar mengikut imej yang anda mahukan dan anda juga dapat mengubahsuai bilik mengikut citarasa anda. Tidak hanya itu, anda juga boleh menambah rakan anda dan melihat apa yang mereka lakukan di ruangan mereka.

Malag, anda juga dapat berinteraksi dengan rakan anda seperti dalam aplikasi instant messaging. Aplikasi Bondee berjaya memanfaatkan teknologi Web3 dan metaverse.

Adakah anda sudah terjebak dengan muat turun aplikasi ini? Jika belum, anda boleh muat turut di Google Play Store atau di App Store.