Tahukah anda, menderma darah itu adalah amalan murni yang amat penting yang berupaya menyelamatkan banyak nyawa? Pakar Perubatan Transfusi Pusat Darah Negara (PDN) Dr Azmanira Aziz, pernah menyatakan betapa pentingnya kita meningkatkan jumlah penderma yang mengunjungi pusat derma darah, termasuklah tabung darah di lain-lain negeri.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Keperluan untuk bekalan darah sentiasa ada, oleh itu kita juga membantu sama ada sebagai penderma ataupun sekiranya anda termasuk kategori tidak boleh menderma darah, maka sebagai seorang yang menguar-uarkan mengenai kepentingannya untuk mewujudkan kesedaran di kalangan sahabat dan keluarga.

Anda mungkin juga tidak tahu bahawa menderma darah secara berkala telah terbukti bermanfaat bukan sahaja untuk penerima tetapi juga penderma. Ia membantu organ-organ penting, dan ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan strok.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Untuk rawatan tertentu seperti kemoterapi, darah diperlukan setiap hari, manakala mangsa kemalangan mungkin memerlukan sehingga 100 unit pemindahan darah. Di India, kekurangan darah yang dihadapi adalah lebih daripada 2 juta unit dan saban tahun semakin meningkat.

Menurut laman sesawang First Post, ini adalah 10 sebab kenapa anda perlu menderma darah.

1. Mengurangkan risiko serangan jantung

Menderma darah dengan kerap adalah bermanfaat untuk mencegah dan mengurangkan serangan jantung. Risiko masalah berkaitan jantung adalah disebabkan oleh kelebihan zat besi dalam badan. Menderma darah membantu mengekalkan tahap zat besi dalam badan dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit tersebut.

2. Mengurangkan risiko penyakit kanser

Kanser adalah penyakit yang paling ditakuti dan boleh membawa maut. Menderma darah dapat membantu mengurangkan risiko kanser. Dengan menderma darah secara kerap, paras zat besi dalam darah seimbang dan risiko kanser yang berkaitan dengan hati, paru-paru, dan usus menjadi lebih rendah.

3. Sel darah baru

Sebaik sahaja kita menderma darah, badan cuba memulihkan kehilangan darah. Ini membantu dalam pengeluaran sel darah baru dan mengekalkan kesihatan yang baik.

4. Mengurangkan risiko Hemokromatosis

Hemokromatosis adalah penyakit yang berlaku akibat peningkatan penyerapan zat besi oleh badan. Menderma darah membantu dalam mengurangkan beban zat besi dalam badan dan mencegah Hemochromatosis.

5. Mengekalkan Berat Badan

Adalah disyorkan untuk menderma darah bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Menderma darah secara kerap membantu dalam penurunan berat badan dan membakar lemak sehingga 650 kalori.

6. Membantu mencegah penuaan pramatang.

Semasa menderma darah, anda bukan sahaja menurunkan berat badan tetapi ia juga membantu dalam mengurangkan tekanan. Tekanan adalah salah satu sebab yang mencetuskan penuaan pramatang. Derma darah membantu dalam mengurangkan tekanan pada minda dan badan anda. Selain itu, memastikan kulit tetap cekang dan bebas kedutan.

7. Hidup lebih lama

Orang yang terlibat dalam kerja-kerja altruistik telah terbukti akan hidup lebih lama. Menderma darah adalah satu kerja altruistik jadi ia bukan sahaja menyelamatkan nyawa orang lain tetapi juga membantu anda hidup lebih lama dan lebih sihat.

8. Penyimpanan darah

Tiada kaedah lain untuk mengeluarkan darah; satu-satunya cara untuk mengumpul darah adalah daripada orang yang menderma. Darah yang diterima akan disimpan di bank darah dan selepas itu akan digunakan pada masa yang diperlukan. Bahan kimia akan ditambahkan untuk mengekalkannya bagi jangka masa yang lama supaya dapat digunakan apabila diperlukan.

9. Selamatkan nyawa

Setiap kali kita menderma darah ia membantu menyelamatkan tiga nyawa, jadi jika kita menderma empat kali dalam setahun kita akhirnya menyelamatkan 12 nyawa. Kita tidak perlu menjadi superhero untuk menyelamatkan seseorang, tindakan mudah menderma darah juga boleh menyelamatkan nyawa.

10. Mempercepatkan proses penyembuhan

Badan kita akan cuba menyesuaikan keadaan setelah kehilangan sel darah merah yang kita telah dermakan, pelarasan ini juga membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.

McDonald’s Blood Donation Drive

Jenama restoran servis pantas terkenal dunia kini sedang untuk memberikan kesedaran umum mengenai betapa pentingnya menderma darah.

Seperti yang disebutkan di atas, menderma darah bukan sahaja perkara murni yang baik untuk dilakukan, malah ia sepatutnya menjadi keperluan dalam membantu mereka yang memerlukan.

McDonald’s Blood Donation Drive adalah sebuah kempen untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan lebih ramai orang hadir untuk menderma darah.

Memandangkan bekalan darah yang terdapat di Pusat Darah Negara perlu sentiasa dipertambahkan dengan stok baru, rakyat Malaysia diingatkan bahawa satu pain darah yang didermakan boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa.

Jangan Lupa 30 Jun Ini

Kempen McDonald’s Blood Donation Drive dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) ini merupakan yang keenam sejak pertama kali diadakan pada 2017.

McDonald’s Malaysia akan menyediakan makanan McChicken dan Sundae Cones kepada semua penderma darah yang hadir untuk menderma darah.

Jangan lupa untuk datang ke McDonald’s Damansara Uptown pada 30 Jun 2022 dari jam 11 pagi-4 petang.

Boleh ikuti laman sosial McDonald’s untuk maklumat lanjut, jumpa anda di sana!