Banyak kisah menarik yang dapat diketahui umum apabila menonton kejohanan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020. Terbaharu, kisah atlet Qatar dan Itali bagi acara lompat tinggi menjadi perhatian.

Video atlet Qatar, Mutaz Essa Barshim dan Gianmarco Tamberi dari Itali yang berkongsi kejuaraan dalam acara tersebut apabila tidak dapat memutuskan pemenangnya tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, Mutaz Essa Barshim bertanya kepada pegawai pertandingan sama ada bolehkah mereka berkongsi pingat emas itu berbanding pemenangnya perlu ditentukan dengan jump off.

Apabila pegawai pertandingan menyatakan boleh maka kedua atlet tersebut seronok berpelukan dan meraikan kemenangan tersebut. Detik tersebut membuatkan ramai orang terharu.

photo_2021-08-02_10-52-44

photo_2021-08-02_10-52-49

https://twitter.com/NazrinAsytar/status/1421822890375213057

Malah, ramai yang kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-kedua atlet ini. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali pertama sejak tahun 1912 ada juara bersama dalam acara trek dan padang Olimpik dikongsi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan sukan Olimpik 2020 pada pautan di bawah ini.

Gambar Lama Dhabitah ‘Dipijak’ Ketika Latihan Kembali Tular, Netizen Luah Rasa Kagum

Dari Pelarian Ke Olimpian, Ini Kisah Getir Yusra Mardini Berenang 3 Jam Di Lautan Demi Selamatkan Diri

‘Lebih Baik Fokus Tilawah Al-Quran’- Kenyataan Lelaki Ini Terhadap Pelari Wanita Negara Undang Kecaman Netizen