Melucukan. Itulah yang mampu diungkapkan oleh kami setelah melihat perkongsian yang tular di media sosial sejak semalam lagi.
Perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Twitter @999Malaysia ini memaparkan beberapa keping gambar ‘binatang buas’ yang berjaya dibunuh oleh pihak Bomba Alor Setar. Kejadian difahamkan berlaku di Anak Bukit, Alor Setar.
https://twitter.com/999Malaysia/status/1205874244510310400
Rupa-rupanya, ‘binatang buas’ yang diperkatakan itu hanyalah seekor lalat yang terperangkap di dalam Almari tersebut
Menurut caption di perkongsian tersebut, anggota bomba yang hadir ke tempat kejadian lengkap dengan alatan untuk menangkap binatang buas tersebut namun binatang yang ingin ditangkap tidak seperti yang digambarkan.
Susulan dengan penularan gambar-gambar tersebut, rata-rata netizen terhibur dan berjenaka mengenai penemuan ‘binatang’ buas tersebut.
https://twitter.com/tehalativ/status/1205889283724210176
Bahaya woi lebih² lagi bila dia terperangkap dalam gheta sewaktu kita memandu. Abih silat kungfu kongpauchickendrychilli semua keluaq.
— Bangbob menyampuk sat🇲🇾 (@itsbangbob) December 15, 2019
Menakutkan lah. Nasih baik ada abang bomba. Spesis apa tu. Menyeramkan.
— 維 (@nuyulAlexa) December 14, 2019
Buas betul binatang tu
— Kenna (@uihikari) December 14, 2019
Walau bagaimanapun, diharapkan orang ramai lebih peka supaya perkara sebegini tidak berulang lagi. Nampak lucu tapi sebenarnya tugas anggota bomba adalah untuk tujuan kecemasan sahaja.
Ketahui tugas pelik anggota bomba yang ramai tidak tahu. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Foto Ahli Bomba Solat Beralaskan Baju Kalis Api, 100PLUS Ajak Anda Kongsi Kisah Iktibar
Pelayan Belanja Ahli Bomba Kepenatan Makan, Apa Jadi Selepas Itu Mengubah Hidupnya