Melucukan. Itulah yang mampu diungkapkan oleh kami setelah melihat perkongsian yang tular di media sosial sejak semalam lagi.

Perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Twitter @999Malaysia ini memaparkan beberapa keping gambar ‘binatang buas’ yang berjaya dibunuh oleh pihak Bomba Alor Setar. Kejadian difahamkan berlaku di Anak Bukit, Alor Setar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/999Malaysia/status/1205874244510310400

Rupa-rupanya, ‘binatang buas’ yang diperkatakan itu hanyalah seekor lalat yang terperangkap di dalam Almari tersebut

Menurut caption di perkongsian tersebut, anggota bomba yang hadir ke tempat kejadian lengkap dengan alatan untuk menangkap binatang buas tersebut namun binatang yang ingin ditangkap tidak seperti yang digambarkan.

Susulan dengan penularan gambar-gambar tersebut, rata-rata netizen terhibur dan berjenaka mengenai penemuan ‘binatang’ buas tersebut.

https://twitter.com/tehalativ/status/1205889283724210176

Walau bagaimanapun, diharapkan orang ramai lebih peka supaya perkara sebegini tidak berulang lagi. Nampak lucu tapi sebenarnya tugas anggota bomba adalah untuk tujuan kecemasan sahaja.

Ketahui tugas pelik anggota bomba yang ramai tidak tahu. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tugas Pelik Anggota Bomba Yang Ramai Tidak Tahu. Salute!

Foto Ahli Bomba Solat Beralaskan Baju Kalis Api, 100PLUS Ajak Anda Kongsi Kisah Iktibar

Pelayan Belanja Ahli Bomba Kepenatan Makan, Apa Jadi Selepas Itu Mengubah Hidupnya