Tindakan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menyelamatkan seekor penyu yang tersangkut di jaring menjala baru-baru ini di Mersing mendapat perhatian media dan netizen antarabangsa.

Rakaman video berdurasi 2 minit 57 saat yang memaparkan operasi menyelamat oleh anggota bomba dari Malaysia itu dimuat naik oleh page The Dodo di media sosial mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Dodo adalah laman yang sentiasa berkongsi isu-isu semasa mengenai haiwan dan memiliki pengikut di seluruh dunia. Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah pun mendapat lebih 4,000 sukaan dan hampir 2,000 komen.

Rata-rata netizen daripada pelbagai negara yang meninggalkan komen di kiriman tersebut turut memuji tindakan pegawai-pegawai bomba dari Malaysia ini.

“Terima kasih kerana menyelamatkan penyu itu. Anda berdua (anggota bomba) adalah hero!” adalah antara komen yang paling banyak ditinggalkan oleh netizen-netizen ini.

photo_2020-03-02_13-09-12

photo_2020-03-02_13-46-14

Malah, seorang netizen juga turut memuji ‘aksi’ pegawai bomba itu memandangkan itu adalah situasi haiwan tersangkut yang paling teruk pernah dilihatnya setakat ini.

“Semoga tuhan merahmati mereka yang membantu satu lagi makhluk tuhan yang memerlukan bantuan,” tulisnya.

photo_2020-03-02_13-16-10

Menurut Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussine seramai enam orang anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihak mereka menerima aduan daripada orang ramai mengenai insiden tersebut.

“Setiba di lokasi kejadian, penyu itu didapati tidak dapat bergerak kerana tersangkut dalam jaring yang turut mempunyai sampah seperti plastik makanan dan bungkusan.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit bagi membantu melepaskan penyu itu daripada jaring dengan menggunakan gunting jenis ‘medical scissor’,” katanya kepada Berita Harian.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Rekreasi Pantai Mersing dan penyu tersebut yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya dilepaskan ke pantai berhampiran.

Baca kisah melucukan pasukan bomba ini yang menerima panggilan untuk menangkap binatang buas hanya untuk menemui serangga kecil ini di dalam almari. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bomba Terima Panggilan ‘Binatang Buas’ Dalam Almari Tetapi Rupanya Hanya Serangga Ini

Foto Ahli Bomba Solat Beralaskan Baju Kalis Api, 100PLUS Ajak Anda Kongsi Kisah Iktibar

Bagaimana Menjadi ‘Host Couchsurfing’ Bawa Aku Jadi Sukarelawan Pemuliharaan Penyu