Kami terserempak dengan post FB The Star Online, dan tertarik dengan satu gambar bomba ini. Ianya bukan gambar bomba biasa-biasa ataupun gambar bomba in action sedang padamkan kebakaran. Tetapi ianya adalah gambar ahli bomba yang sado menjadi model kalendar dilatari oleh jentera dan kenderaan memadamkan kebakaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memaparkan pegawai bomba lelaki yang berotot di dalam pose menarik, kalendar ini juga memaparkan pegawai bomba wanita. Pada bulan Mac dan Mei, seorang juruterbang wanita dan seorang pegawai operasi dipaparkan.

BACA: Tugas Pelik Ahli Bomba Yang Ramai Tidak Tahu

“Sebelum ini, kita mempunyai konsep yang berlainan untuk kalendar, tetapi kali ini kami mahu tonjolkan bahawa pegawai kami sihat dan cergas.”

“Ia juga merupakan satu tanda penghargaan kepada pegawai-pegawai kami. Semua model dalam kalendar adalah pegawai operasi dari seluruh negara,” kata Norizan Saad, Senior Superintendent II Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau menambah, konsep baru ini adalah penting untuk menggalakkan semua orang, termasuk yang berada di Jabatan Bomba dan Penyelamat, untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Walaupun Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan banyak kalendar pada tahun-tahun sebelum ini, ini adalah kali kedua kalendar dibuat dengan konsep ‘sihat dan cergas’, kata Norizan.

Walau bagaimanapun, kalendar eksklusif ini bukan untuk dijual dan hanya disediakan untuk pegawai-pegawai dan pejabat-pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan kementerian yang berkaitan.

Walaupun kalendar ini tidak diedarkan untuk orang ramai, Jabatan Bomba dan Penyelamat di dalam Facebook mereka, telah mengadakan kuiz, dan menyaksikan beberapa pengguna Facebook memenangi kalendar ini. Menariknya, dalam masa kurang 24 jam, post kuiz ini menerima hampir dua ribu likes dan lebih dari seratus mesej, di mana kebanyakannya menyatakan keterujaan untuk mendapatkan kalendar ini.

Lagi paparan menarik di bawah.

Anda boleh melihat gambar-gambar lain di FB Jabatan Bomba di Penyelamat di sini.

Sumber: FB The Star, The Star, FB Jabatan Bomba dan Penyelamat

Like page The Vocket di Facebook