Wabak COVID-19 telah menyerang seluruh pelusuk dunia. Sehingga hari ini, lebih 2 juta orang sudah dijangkiti dengan wabak yang lahir di Wuhan, China dan lebih 150,000 orang telah terbunuh.

Terbaharu, bomoh dari Indonesia iaitu Mbah Suwardi dan seorang lagi rakannya Sukino telah melakukan satu ritual untuk mengusir wabak COVID-19.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Mereka yang berasal dari Ngablak Kroyo, Karangmalang, Sragen ini secara spontan melakukan inisiatif sendiri untuk mengadakan ritual ini yang berlangsung di Sasona Square, Langen Putro Sragen pada Ahad 29 Mac yang lalu.

Kedua-dua bomoh ini terpanggil untuk melakukan ritual ini selepas melihat situasi wabak COVID-19 yang telah melumpuhkan sistem ekonomi dan telah membuatkan hidup rakyat berada dalam kesusahan.

Teras melaporkan bahawa ritual ini diadakan pada jam 12.15 di tengah Alun-alun. Mereka berdoa dengan gaya Jawa sambil menggunakan 5 batang penyapu lidi yang dicucuk dengan bawang, cili merah dan kunyit dihujungnya.

“Ritual ini adalah untuk berdoa kepada Tuhan agar wabak corona segera hilang. Agar penduduk Sragen bebas dari semua penyakit yang membimbangkan,” katanya.

Bomoh dari Karangmalang mengatakan bahawa Alun-alun dipilih sebagai lokasi ritual kerana merupakan pusat kota dan merupakan titik 0 kilometer dari Kabupaten Sragen.

Mereka turut berharap keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat segera pulih seperti sebelumnya. Kerana pada masa ini keadaan bangsa dan wilayah benar-benar merosot.

“Ini juga peringatan bagi semua manusia. Supaya mereka merenung, tidak melakukan kejahatan dan melakukan maksiat dan sentiasa memperhatikan Gusti Allah,” katanya.

Sementara itu, Sukino turut meminta semua ahli masyarakat untuk saling berdoa kerana bagi beliau, doa orang lain akan lebih ikhlas dan lebih didengar oleh Tuhan.

“Mungkin ritual ini tidak masuk akal, tetapi orang Jawa selalu memberi nasihat untuk melakukan sesuatu seperti ini jika terjadi gangguan,” katanya.

Untuk bacaan lanjut, sila klik pautan di bawah.

Berjaya Buktikan Kewujudan Saka Secara Saintifik, Penyelidik Mahu Tubuhkan Makmal Kaji Makhluk Halus

Produk Ilmu Hitam Yang Terlarang Dijual Dalam Talian Secara Terbuka

Anda Mungkin Suka