boneka-2

Memperkenalkan Stixy, boneka yang tergantung di awangan. Aksi dan gelagatnya mampu memikat sesiapa sahaja.

Hasil seni seorang lelaki Kaukasia yang berbakat besar dengan nama timangan RicKy Syers. Meminati seni juga menghargai nilainya serta seorang yang teliti dalam menghasilkan boneka. Setiap boneka yang dihasil biasanya menyerupai seseorang dan Ricky juga berbakat dalam mengawal setiap pergerakan boneka ciptaannya itu.

boneka

Beliau juga tidak menyangka minatnya, dan keunikan boneka yang dihasilkannya menjadi popular setelah dimuat naik di youtube.

Video ini pula dimuat naik di blog beliau http://rickysyers.com/

Ini salah satu contoh minat yang mendalam mampu dikembangkan dan menjadi sumber pendapatan, terutama buat individu yang komited dan berusaha mengembangkannya. Kami kagum.

Like page The Vocket di Facebook