Setiap tahun pasti ada acara pameran kereta dianjurkan khas buat peminat-peminat kereta mewah, kereta ‘modified’, kereta ‘ricer‘, kereta ‘track‘ dan lain-lain lagi di beberapa tempat seluruh Malaysia.

Acara-acara seperti itu selalunya full-house padat dengan kehadiran para pengunjung dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Dalam ramai-ramai pengunjung yang hadir, pasti akan ada segelintir yang kurang beretika seperti duduk di bonet kereta, bersandar pada kereta, duduk di dalam kereta dan pelbagai lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini netizen mengecam tindakan segelintir pengunjung acara pameran kereta Di The Mines International Exhibition yang dirakam membuat perangai kurang disenangi seperti ada seorang kanak-kanak lelaki dirakam ‘bermain gelongsor’ di atas bonet sebuah kereta mewah Ferrari F430 Liberty Walk dan kanak-kanak perempuan berbaring posing di atas kereta ‘Cars’ dari Thailand.

Bukan sahaja kanak-kanak sahaja yang berbuat perangai seperti itu, remaja dan orang dewasa juga berbuat perkara yang sama seperti duduk di atas bonet kereta. Ada juga yang tanpa segan-silu buka pintu kereta dan duduk di dalam kereta yang dipamerkan.

Menurut netizen tindakan mereka umpama ‘bagai kera mendapat bunga’, sudahlah penganjur bertungkus-lumus untuk mengadakan pameran tersebut, manakala pemilik kenderaan pula bersusah-payah berhabiskan duit untuk mengubah suai kenderaan mereka. Namun, ada segelintir para pengunjung pula sewenang-wenangnya berbuat sesuka hati terhadap kereta-kereta yang dipamerkan.

Sumber Gambar: Instagram @vocketcarclub
Sumber Gambar: Instagram @vocketcarclub

Menurut sebahagian pengunjung yang hadir ke acara pameran kereta tersebut, memang ada pihak bertugas yang menegur perbuatan segelintir pengunjung terbabit. Bagaimanapun, jumlah pengunjung berperangai seperti itu lebih ramai daripada para petugas.

Difahamkan juga ada sebahagian pemilik yang mempamerkan kereta mereka mengalami kerugian akibat beberapa bahagian kereta ‘dirosakkan’ oleh pengunjung.

Antaranya, ada seorang kanak-kanak dirakam memijak bahagian diffuser hadapannya sebuah Nissan GT-R R35 Liberty Walk yang hendak dijual pada harga RM980,000.

Netizen berharap agar pihak penganjur dapat bertegas terhadap pengunjung-pengunjung yang bertindak sesuka hati terhadap kereta-kereta yang dipamerkan pada masa akan datang.

Kepada para pengunjung pula, harga tiket yang dibayar bukanlah green light untuk anda sentuh, pegang dan duduk sesuka hati pada setiap kereta yang dipamerkan.

Jika kita tidak suka orang lain menyentuh barangan kita, usahlah kita buat perkara yang sama kepada barangan orang lain terlebih dahulu. Kita hormati barangan orang, orang hormati barangan kita — sama-samalah kita menjaga etika semasa mengunjungi apa-apa jua pameran.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.