YouTuber Colin Abroadcast sangat dikenali sebagai YouTuber yang suka menerjah pasar barangan fake di seluruh dunia. Kali ini beliau terjah pula salah satu pasar terkemuka di Kuala Lumpur, Petaling Street

Kami salute keberanian Colin untuk nego harga barangan di Petaling Street. Petaling Street memang terkenal sebagai salah satu lokasi yang menjual harga barangan fake dengan harga yang sangat tidak masuk akal. Semuanya untuk ‘sembelih’ pelancong luar.

Menarik dalam video adalah pada minit 12:15, apabila salah satu gerai di sana menjual secara ‘sah’ balang bong. Kalau anda tidak tahu apa kegunaan balang bong ini, sila Google. Belum lagi Malaysia halalkan ganja dalam perubatan, bong sudah dijual. Pelik bukan?

Berbalik kepada video ini, walaupun beliau orang asing tetapi beliau mengetahui peniaga di Petaling Street adalah dari berbilang negara; India, Vietnam, China dan banyak lagi. Jadi beliau ke Petaling Street untuk cuba membuat perbandingan cara ‘nego’ setiap peniaga yang ada di sini.