Setelah hampir setahun lebih orang ramai terpaksa menangguhkan niat untuk menyelesaikan latihan dan ujian di litar institut memandu ekoran penularan wabak COVID-19, pada awal bulan September lalu industri latihan pemanduan di seluruh negara dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara secara janji temu.

Sehari dua ini pengguna media sosial saling berkongsi pandangan setelah menonton rakaman video beberapa pelajar menunggang di elemen laluan tidak rata yang mengikut spesifikasi telah ditetapkan oleh pihak JPJ sendiri.

Video tersebut menjadi bualan ramai apabila kawasan bonggol yang dinaiki oleh para pelajar tersebut terlalu tinggi sehingga menyukarkan motosikal mereka melintasi laluan tidak rata itu yang mempunyai kepanjangan 10.4 meter.

Sumber Gambar: Facebook Marwan Mahmud WM
Sumber Gambar: Facebook Marwan Mahmud WM

Menurut YM Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud atau lebih mesra disapa sebagai ‘Cikgu Marwan’ yang merupakan seorang Pengamal Keselamatan Jalan Raya, Jurulatih Pemandu dan Penunggang, Ahli Gabungan Keselamatan Jalan Raya MIROS telah menyifatkan elemen pada laluan tidak rata itu itu agak keterlaluan.

Tambah beliau lagi, elemen bonggol yang mempunyai ketinggian 5cm serta lebar 14cm boleh menyebabkan sistem suspensi pada model-model motosikal kegunaan orang ramai mengalami kerosakkan.

Cikgu Marwan yang juga Ahli Tetap Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor menegaskan bahawa semua pihak patut sentiasa mengutamakan keselamatan para calon latihan dan ujian memandu di dalam litar institut memandu.

Banyak kecederaan yang berlaku terhadap para pelajar disebabkan elemen-elemen ujian di negara Malaysia yang tidak mengutamakan keselamatan seperti salah satu lagi elemen iaitu ‘menunggang di atas titi’.

Sumber Gambar: Facebook Marwan Mahmud WM

Cikgu Marwan juga turut siap melakar illustrasi cadangan kepada pihak JPJ bagaimana saiz elemen bonggol tersebut sepatutnya dibina yang dapat menjaga keselamatan para pelajar di litar institut memandu.

“Saya sentiasa mencari jalan untuk menambah baik sistem latihan kita untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.

“Jika kita mahu maju ke hadapan, sepatutnya kita kena tengok juga apa yang negara maju lain buat. Jangan pandai-pandai membuat sesuatu yang pelik kononnya untuk menampakkan negara kita lebih maju,” ujar Cikgu Marwan apabila The Vocket cuba mendapatkan ulasan lanjut mengenai perkara ini.

Beliau turut memesan kepada pengguna jalan raya terutama pemandu dan penunggang motosikal, jangan fikir hanya dengan memiliki lesen memandu sahaja kita semua sudah berasa selamat di jalan raya. Orang ramai perlu amalkan pemanduan selamat seperti mana yang institut memandu ajar dan amalkan sepanjang masa di jalan raya.

Pada masa yang sama Cikgu Marwan juga menyeru agar pihak kerajaan lebih mengambil berat dalam hal keselamatan jalan raya kerana statistik menyatakan 80% punca kemalangan adalah disebabkan kesilapan serta kecuaian manusia.

Beliau menegaskan jangan berpuas hati sahaja dengan apa yang sudah ada kerana silibus latihan dan ujian pemandu sedia ada perlu dipertimbangkan untuk dikaji semula adakah ia benar-benar dapat melahirkan pemandu dan penunggang yang berkualiti serta selamat setanding pengguna jalan raya di negara-negara maju.

“Secara umumnya, pengguna jalan raya Malaysia tahap kualitinya agak rendah berbanding negara-negara maju yang lain,” jelas beliau sebelum mengakhiri perbualan.

Seorang pemandu Waja dirakam menjadi punca kemalangan apabila memberhentikan kereta secara tiba-tiba untuk membeli makanan daripada seorang penjaja jalanan.

Pemandu Waja Dikecam Jadi Punca Kemalangan Gara-Gara ‘Mengidam’ Jeruk Mangga Tepi Jalan

‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Tular Video Proton Wira Togel, ‘Pomen’ Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu