Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ramai yang menghadapi masalah untuk cari semula tips atau posting yang disukai di Facebook group termasuklah kami.

Tapi baru-baru ini, kami terjumpa satu penyelesaian hasil perkongsian salah seorang ahli di Fb group Backpackers Buddies Malaysia.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Inilah tips tersebut.

Cara Bookmark Post Di Facebook

Kawan-kawan, nak kongsi tip ni. Tapi jangan risau, tak payah letak emel atau nombor henfon kat komen. Baca je kat sini tip ni, saya kongsikan tanpa rahsia.

Selalu kita nak carik posting yg lepas-lepas sebab nak buat rujukan tapi posting tu tak jumpa sebab sekian banyak posting dibuat lepas tu.  Bila kita search kat kotak atas kanan tu pulak, dia akan keluar segala macam mak nenek hasil carian. Sebab search function fb group ni terlalu luas. Kita tak boleh nak filter ikut elemen/kategori etc.

So selalu kita tengok orang “tandakan” posting tu dengan like atau tanda “F” (buat yg selalu bertanya tu, ye  F tu ialah Follow post tersebut ye). Hasilnya sama jugak bila kita buat carian sebab semua orang guna “F”. Kalau korang search by nama facebook pun sama, sebab dia listkan semua posting yg korang komen jugak, bukan sekadar posting yang korang buat je.

So mcm mana nak buat? Jangan risau, boleh ikut cara ni :

1. Komen di posting yang korang nak follow tu atau mungkin berguna utk korang di hari muka dengan hashtag unik (apa-apa je la asalkan unik dan takde org lain pakai, contohnya:

facebook hashtag

2. Bila korang nak search balik posting yang korang dah “tanda” tu, kat kotak search belah atas kanan tu, searchlah by hashtag yg korang cipta utk diri sendiri tadi (maknanya just taip #ReezFollowThis kat kotak search tu)

Sekian.

p/s: Request desktop site kalau guna smartphone.

Credit : FB Group Backpackers Buddies Malaysia, dengan izin.

Amacam? Rupanya senang je nak tanda (bookmark) post kesukaan kita. Yang penting, anda kenalah ingat perkataan yang anda gunakan itu. Sebaiknya guna 1 saja. Jika banyak-banyak nanti boleh lupa dan pening pula ;)

Kongsikan tips ini dengan rakan anda.

Like page The Vocket di Facebook

 

Anda Mungkin Suka