Buat mereka yang bergelar ulat buku, pastinya anda mempunyai impian untuk pergi ke Coex Starfield Library di Seoul, Korea kerana rekaan perpustakaannya yang sangat unik. Namun, masih belum mempunyai peluang gara-gara kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Kini, anda tidak perlu lagi terbang jauh sampai ke Korea. Anda boleh singgah ke kedai buku pertama di Malaysia yang berkongsepkan Terowong Buku di BookXcess Sunsuria Forum, Setia Alam.

pexels-photo
HYPE
3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik
Baca lagi →

Sumber: Stail. My

Untuk mereka yang minat membaca buku, pastinya akan teruja apabila menjejak kaki di sini kerana berpeluang menerokai dunia pembacaan dengan pelbagai koleksi buku untuk semua peringkat umur.

Sumber: The Rakyat Post

Tarikan utama buat pengunjung yang datang ke sini pastinya terowong buku yang terletak di bahagian pintu masuk kedai buku ini.

Sumber: Twitter @adalaaahhh

Pengunjung juga boleh berehat dan membaca buku di ruangan membaca yang terdapat di sekitar kedai berkenaan.

Sumber: The Rakyat Post

Kedai yang berkeluasan 16,000 kaki persegi ini menawarkan buku dengan harga diskaun 50% hingga 80% lebih rendah berbanding harga runcit yang disyorkan.

Kedai ini dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 10 malam. Anda boleh lawati laman media sosial mereka di sini untuk mendapatkan lebih maklumat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan BookXcess, anda boleh klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

‘BookXcess’ Kedai Buku 24 Jam Terbesar Di Malaysia Kini Dibuka

Kedai Buku Bunkitsu Tokyo Tawarkan Rekaan Berkonsepkan Galeri Seni

Anda Kini Boleh Tidur Dalam Kedai Buku Di Jepun

Anda Mungkin Suka