Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kini peminat tegar buku bacaan ada ‘port’ lepak baharu. BookXcess bukan lagi nama asing untuk pencinta setia Big Bad Wolf yang kini sudah melebarkan sayap dengan penubuhan lubuk emas terbaharu buat ulat buku di Malaysia yang merupakan satu-satunya kedai buku terbesar yang beroperasi 24 jam.

bookxcess2

BookXcess yang beroperasi di Tamarind Square Cyberjaya ini berkeluasan 37,000 kaki persegi sememangnya sangat sesuai untuk pembaca membaca dengan suasana yang selesa. Bukan sahaja ruang membaca, BookXcess turut dilengkapi dengan 2 ruang majlis, sebuah pentas dan sebuah kafe.

BookXcess menawarkan lebih 500,000 buah buku yang dijual dengan harga 50% hingga 80% lebih murah dari harga pasaran. Bahan bacaan tidak terhad kepada golongan dewasa sahaja tetapi turut merangkumi topik seni, kanak-kanak dan rekaan yang tersedia dalam pelbagai bahasa.

bookxcess

Jadi tunggu apa lagi, ajak rakan-rakan anda untuk turut serta dalam usaha membudayakan aktiviti membaca daam kalangan rakyat Malaysia.

Anda Mungkin Suka