Boom! Syarikat start up baru, Boom mahu memperkenalkan penerbangan yang super laju. Mereka dalam usaha membuat penerbangan supersonic (dengan kelajuan 2 kali ganda lebih laju dari kelajuan bunyi). Ia akan memendekkan jadual penerbangan dari New York Ke London hanya 3.5 jam ( biasanya mengambil masa 7 Jam).

Walaupun syarikat itu masih mencipta prototype pertama mereka, tetapi mereka mempunyai pasukan yang sangat perpengalaman. Pasukan 11 orang ini sudah memberi idea dan sumbangan dalam lebih 30 model kapal terbang sebelum ini antaranya sistem autopilot 787 dan enjin kapal pejuang. Mereka berharap prototype mereka dapat siap sekitar akhir tahun depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana Boom mahu merialisasikan idea ini? Untuk mengurangkan berat, kapal terbang ini nanti akan diperbuat daripada komposit karbon fiber, bukan dengan aluminium. Cuma ada 40 tempat duduk biasa sahaja yang dipecah kepada dua barisan (tiada kelas pertama atau ekonomi). Jadi setiap penumpang akan dapat tempat duduk di bahagian tingkap. Kapal terbang ini juga dijangka terbang di ketinggian 60,000 kaki, bermakna penumpang nanti dapat lihat lengkungan bumi ketika terbang di udara. Awesome bukan?

Boom!

Menariknya, Virgin Group sudah berminat untuk menempah 10 kapal terbang ini dalam satu perjanjian bernilai USD2 billion jika semuanya berjalan lancar. Boom juga sudah mendapat tempahan dari satu syarikat kapal terbang Eropah sebanyak 15 buah.

Virgin juga akan turut membantu Boom dalam pembikinan kapal terbang ini nanti. Harap syarikat ini dapat menyambung legacy kapal terbang supersonic Concorde. Skarang adalah waktu yang sesuai untuk kapal terbang supersonic membuat comeback kerana mesti ada individu yang mahu berada di banyak tempat dalam masa sehari. Jadi Boom adalah penyelesaiaan kepada masalah mereka.

Sumber