Boon Siew Honda telah melancarkan model CBR1000RR Fireblade SP yang membawakan konsep “Next Stage Total Control” ke tahap yang lebih tinggi berbanding model Fireblade sebelum ini.

Model terbaru ini mempunyai prestasi tunggangan yang lebih hebat, ringan dan dilengkapi teknologi canggih buat pengguna yang inginkan gemar menunggang di litar dan inginkan pecutan. Model ini bakal jadi motosikal Honda pertama yang dilengkapi dengan Ohlin Smart Electronically Controlled Suspension.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Honda-CBR1000RR-Fireblade-SP-Malaysia-mekanika3-1024×1024

CBR1000RR Fireblade SP ini hadir dengan enjin 4 lejang DOHC dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 1,000cc yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 141kW pada 13,000rpm dan tork 114Nm pada 11,000rpm.

Honda-CBR1000RR-Fireblade-SP-Malaysia-mekanika6

Honda-CBR1000RR-Fireblade-SP-Malaysia-mekanika7-1024×1024

Model ini turut hadir dengan tangki minyak titanium berkapasiti 16L, sistem brek Brembo, Quickshifter  dan Cornering ABS.  Rekaan luar dihiasi pelekat HRC Tricolor, bersama jalur berwarna putih dan biru yang pastinya menyerlahkan lagi identiti perlumbaan Honda.

Model CBR1000RR Fireblade SP keluaran Honda ini menawarkan harga sejumlah RM114,999 seunit.

Anda Mungkin Suka