Sebut sahaja tentang kejutan atau surprise kami pasti ramai yang bingung atau tidak mempunyai idea dalam menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat yang tersayang. Sama ada kepada pasangan atau kepada anak-anak anda, masing-masing memerlukan cara yang berbeza.

Kini terdapat sebuah aplikasi mudah alih yang bakal membantu anda memberi ‘hadiah’ secara digital kepada yang tersayang. Bermula dengan sekadar top up sehinggalah kepada baucer Lazada semuanya ditawarkan dibawah satu aplikasi.

Aplikasi yang kami maksudkan ini adalah Boost. Sebuah aplikasi penawaran baucer khusus buat mereka yang mahu melakukan surprise kepada yang tersayang. Selain itu, Boost juga boleh dijadikan sebagai platform buat anda yang sedang mencari deals terbaik dalam mendapatkan baucer sehingga 60% diskaun. Best bukan?

Berikut merupakan bagaimana Boost bakal memudahkan anda untuk memberi hadiah atau surprise kepada seseorang atau untuk kegunaan sendiri.

Mungkin ramai yang tidak tahu Boost juga turut menawarkan pelbagai baucer daripada pelbagai jenama sesuai buat semua lapisan umur. Ini merupakan 3 sebab Boost merupakan cara terbaru dan cool dalam menghadiahkan atau melakukan surprise kepada seseorang.

1. Penawaran baucer sesuai buat semua pengguna

Menerusi kempen #DariHatiDariBoost aplikasi ini turut membolehkan anda menyalurkan ‘hadiah’ dengan cara yang lebih cool. Mengapa kami katakan cool?

Sebabnya anda berpeluang untuk menyalurkan ‘hadiah’ beserta diskaun dengan mudah. Bermula daripada barangan yang tersedia di Lazada sehingga kepada restoran dikenali ramai semuanya ditawarkan melalui aplikasi yang sama dengan diskaun sehingga 60%.

BoostDeals
Antara diskaun yang anda boleh dapatkan di Fave melalui aplikasi Boost

Soalan-soalan seperti ‘nak makan mana hari ini?’ semuanya akan lebih mudah terjawab melalui aplikasi Boost. Bermula daripada minuman ringan, manisan serta burger semuanya tersedia dengan penawaran diskaun sehingga 25% buat restoran-restoran terpilih. Anda bukan sahaja dapat menikmati hidangan yang enak malah dapat berjimat sekali gus.

Selain itu, Boost juga merupakan medium buat anda yang sedang mencari deals yang sesuai dengan kehendak anda beserta diskaun untuk kegunaan sendiri. Khas buat masa terdekat ini, anda berpeluang untuk mendapatkan top up dengan kredit ekstra sehingga 10% dengan setiap pembelian atau penerimaan Boost Credits. Tawaran ini sah sehingga 31 Julai ini sahaja.

Dengan pilihan yang pelbagai, kami yakin menawarkan hadiah kepada yang tersayang bukan lagi masalah sekaligus dapat menjimatkan anda. Ini contoh yang anda boleh cuba.

Boost Steam Gift

Sekiranya anda sebagai wanita buntu dalam menghadiahkan sesuatu buat teman lelaki atau suami yang meminati game, mendapatkan Steam Credits melalui aplikasi Boost antara cadangan terbaik yang anda patut cuba. Pasti senyum terukir di wajah saat pasangan anda menerimanya.

2. Hantarkan ucapan anda dengan cara yang cool

Tidak hanya menawarkan baucer yang pelbagai, melalui Boost anda juga turut berpeluang untuk menghantar ucapan hari Raya serta hari lahir dengan gaya yang cool.

Nak lagi best? mungkin anda boleh selitkan Boost Credits agar birthday boy atau birthday girl mendapatkan hadiah kesukaan mereka.

3. Fungsi ‘shake’ saat menerima tambah nilai

KodBaucerBoost06

Jika sebelum ini para pengguna mungkin sudah terbiasa dengan pemberitahuan melalui e-mail atau SMS, aplikasi ini nampaknya mempunyai cara tersendiri dalam membuat surprise buat para pengguna.

Melalui fungsi ‘shake’ yang tersedia, pengguna nampaknya perlu menggoncang untuk mengetahui berapa nilai top up atau nilai yang bakal diterima. Fungsi ini juga secara tidak berjaya membuatkan aplikasi ini lebih fun dengan elemen curiosity yang tersedia.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Boost mampu memberi keceriaan buat yang tersayang? Jom tonton iklan Raya #DariHatiDariBoost ini untuk mengetahui apa yang dilakukan si ayah yang tidak dapat beraya bersama keluarga pada tahun ini.

Buat anda yang berminat untuk mencuba aplikasi Boost, anda boleh dapatkannya di Google Play Store. Muat turun segera untuk mengetahui bagaimana aplikasi ini dapat memanfaatkan serta menjimatkan anda. Setakat ini aplikasi ini cuma ditawarkan buat pengguna Android dan bakal turut hadir buat pengguna iOS tidak lama lagi.

 

entrybanner

Tawaran terbaru daripada Boost, para pengguna turut berpeluang mendapat Boost Credits sebanyak RM8 apabila anda mendaftar sebagai pengguna baru Boost. Pastikan anda muat turun dan daftar sebagai pengguna Boost dengan segera kerana tawaran ini cuma berlangsung dalam masa yang terdekat sahaja. Mungkin inilah masa terbaik untuk anda dapatkan baucer sambil berjimat.

Jangan lupa ikuti www.myboost.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi Boost.