Peminat Boost boleh menarik nafas lega apabila Nasi Lemak Smoothie yang diumumkan oleh pihak Boost hanyalah gurauan sempana bulan April yang terkenal dengan bulan prank.

Gambar Nasi Lemak Smoothie menerima reaksi pelbagai daripada para peminat minuman tersebut. Tidak kurang juga yang sudah dapat menjangkakan gurauan tersebut. Antara bahan yang dinyatakan dalam poster tersebut untuk menghasilkan smoothie adalah jus timun, nasi, serbuk cili, santan dan lain-lain. Status tersebut menerima lebih 2000 shares dan hampir 3000 likes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam pihak Boost memberi satu lagi kenyataan menyatakan menu tersebut hanyalah ‘gurauan’ dan menambah gurauan kepada peminat sama ada mereka patut mencuba untuk merealisasikan menu tersebut.

Anda rasa anda boleh minum kalau menu tersebut betul-betul wujud?