Ting ting ting! Loceng telah berbunyi menandakan #MYCYBERSALE2016 sudah hampir ke penghujungnya. Bagi yang sudah membeli, tahniah tetapi bagi yang belum membeli, kena pecut sebab tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum #MYCYBERSALE2016 melabuhkan tirai!

Dalam posting kami yang sebelum ini, kami dah pilih 10 eTailers dengan pilihan terbaik. Kali ini kami nak senaraikan pula 10 tawaran terbaik yang kami jumpa di #MYCYBERSALE2016 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Tawaran ‘Flash Sales’ Di Lazada

x-1

Seronok betul tawaran Flash Sales di Lazada ini! Konsepnya begini. Setiap item akan mengalami penurunan harga yang hebat tetapi tawaran ini cuma sah dalam tempoh masa tertentu sahaja. Jadi kena selalu aware dengan timer yang ada di laman Lazada ini. Kami sendiri terlepas tawaran speaker JBL Go dengan potongan harga 57%. Kalau tidak boleh beli pada harga RM70. Ruginya! Jadi kena selalu check out Lazada. Mana tahu lagi hujung lagi menggila tawarannya.

Klik di sini untuk lihat tawaran

2. Happy Hour Sale di 11Street.my

x2

Setiap hari pun ada Happy Hour Sale di 11Street.my! Di 11Street, Happy Hour Sale akan ada setiap jam 11pagi, 3 petang dan 7 petang! Kalau anda terlepas Happy Hour jam 11 pagi, anda masih ada di jam 3 petang dan jam 7 petang. Kami nampak semalam ada kupon tawaran Pizza Dominos dengan potongan harga 48%. Hampir separuh harga dah tu.

Klik di sini untuk lihat tawaran

3. Tawaran 30% Untuk Produk kecantikan di Watsons

x3

Rasanya kalau anda ke Watsons sendiri pun jarang ada sale sehingga 30% ini. Tetapi di #MYCYBERSALE2016 ini Watsons baik hati untuk beri anda potongan harga sehingga 30%. Kalau pencuci muka dah habis di rumah, bolehlah borong banyak-banyak di Watson.

Klik di sini untuk lihat tawaran

4. GoPro Hero 4 Silver Premium Bundle

x-4

Untuk kaki travel dan aktiviti lasak yang sedang mencari GoPro, ini tawaran paling terbaik untuk anda. Siap dengan memori kad, selfie stick dan aksesori tambahan, baru RM1,699 sahaja. Kena cepat sebab tinggal 2 set sahaja lagi di Lens Pod Store. Dan jangan lupa untuk check out aksesori lain di Lens Pod Store.

Klik di sini untuk lihat tawaran

5. Stroller berjenama di halomama.com

x-5

Hello mama out there! Di laman ini memang banyak barangan baby dan lagi best, stroller yang berjenama kini ada potongan harga menarik! Begitu juga dengan produk bayi yang lain. Ini memang one stop center untuk para ibu atau future mom.

Klik di sini untuk lihat tawaran

7. Jadi superhero di superheroescloset.com

x-7

Okay yang ini khas untuk peminat Marvel dan DC Comic. Di sini anda boleh dapatkan produk official licensed superhero kegemaran anda. Semuanya on sale ketika ini! kamitertarik dengan baju Bucky dan costume Ant-Man. Cool gila!

Klik di sini untuk lihat tawaran

8. 10 buku RM150 termasuk pos di FIXI

x-8

Tak mahu komen banyak sebab memang sangat-sangat berbaloi tawaran ini. Caranya sangat mudah. Anda boleh pilih buku yang mana anda nak dan beli secara pukal pada harga hanya RM150 untuk 10 buku. Ianya termasuk kos penghantaran lagi!

Klik di sini untuk lihat tawaran

9. Potongan harga menarik untuk baju Gildan

x-9

Bagi sesiapa yang tengah dalam proses untuk printing baju, Gildan sedang buat promosi baik punya untuk #MYCYBERSALE2016. Sehelai baju tshirt Gildan hanya RM9.90 dan free shipping jika anda beli 3 helai ke atas. Murah sebab kalau harga biasa dalam RM12-RM13. Jadi anda sudah save banyak kalau anda beli dalam kuantiti yang banyak!

Klik di sini untuk lihat tawaran

10. Potongan 30% untuk harga tiket ke Sunway Lagoon

x10

Ini pun sudah dikira bagus. Harga tiket asal untuk masuk ke Sunway Lagoon kini adalah RM150 dan anda boleh beli hanya di #MYCYBERSALE2016 pada harga hanya RM105. Dan tiket ini sah dari tarikh 26 September hingga 31 October 2016.

Klik di sini untuk lihat tawaran

x11

Adakah anda tahu anda boleh menyertai lucky draw anda anda berbelanja sepanjang #MYCYBERSALE2016 ini? Caranya pun sangat mudah. Anda hanya perlu muat naik gambar resit bayaran minima RM50 di sini dan anda berpeluang menang banyak hadiah hebat. Antaranya bean bag, smartphone Honor 5C dan smartphone Huawei P9 Leica. Tetapi anda kena join peraduan ini paling lewat 7 Ocotober nanti ya?

Jom sama-sama serbu mycybersale.my di hari terakhir ini untung-untung anda dapat apa yang dicari pada harga yang tidak masuk akal. Happy seeking and shopping!