Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sungguh deep dan dark animasi pendek Borrowed Time ini. Itu pandangan saya untuk animasi pendek ini. Burrowed Time adalah karya Andrew Coats dan Lou Hamou-Lhadj yang merupakan orang kuat di Pixar. Disebabkan itu animasi ini mempunyai feel seperti Pixar.

Animasi ini adalah hasil kerja mereka di waktu lapang selama lima tahun, disamping menyiapkan filem-filem hebat Pixar antaranya Brave, Inside Out dan The Good Dinosaur.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

b-time-2

Animasi ini turut memenangi beberapa anugerah antaranya St. Louis Film Festival, The Grand Jury Prize di Nashville Film Festival dan Best in Show di Siggraph Award. Baru-baru ini, Burrowed Time memenangi anugerah Best Short Filem untuk ‘persembahan visual terbaik dalam menyampaikan mesej dalam satu cerita yang emotional’ oleh Spark Animation Festival.

b-time

Andrew dan Hamou mengatakan mereka mencabar diri mereka untuk membuat satu animasi pendek dan lebih dark, tidak seperti filem animasi Pixar yang biasa anda lihat di pawagam. “Bekerja dengan keluarga Pixar yang sentiasa penuh dengan gelak tawa, kami mahu buat sesuatu yang lari dari comfort zone kami. Kami tahu ianya pasti satu cabaran yang besar,” Tambah Hamou.

Filem ini berkisahkan tentang seorang Sheriff yang sentiasa teringat kisah silamnya yang gelap di mana tindakan beliau di masa lampau menyebabkan ayahnya terbunuh. Anda boleh lihat animasi ini di bawah. Ianya akan berada di Vimeo untuk beberapa minggu sahaja. Jadi kena lihat sebelum terlambat.

Anda Mungkin Suka