Meskipun aplikasi Uber mendapat kecaman sesetengah pihak, namun bagi Datuk Nazir Razak, adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, perkhidmatan kongsi kenderaan tersebut setelah bukan sahaja murah tetapi boleh dipercayai.

Nazir yang juga Pengerusi CIMB pertama kali menggunakan perkhidmatan itu dua hari lalu. Dari gambar yang yang dikongsi, Nazir seperti menggunakan UBER di luar Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau turut berselfie dengan pemandu Uber yang bernama Barbar.

nazir-razak-instagram

“Bergambar dengan Barbar, pemandu Uber saya, Pilihan yang menjimatkan. Ia mudah digunakan, harga kompetitif dan boleh dipercayai,” tulis Nazir di Instagram miliknya.

Sebelum ini isu mengenai Uber ini hangat diperkatakan selain ada pihak menganjurkan demonstrasi mahu ia diharamkan serta merta.

Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang juga mendesak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengharamkan Uber kerana mendakwa ia mengganggu periuk nasi pemandu teksi di negara ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber