Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun – dua bos Capital A (dulu dikenali sebagai AirAsia Group) – masing-masing menerima gaji lebih 14 juta tahun lalu walaupun Capital A terpalit dengan kecaman isu pampasan duit tiket dari pelanggan.

Memetik MalaysiaNow, Laporan Tahunan Capital A turut menunjukkan peningkatan mendadak gaji yang diterima Fernandes dan Kamarudin berbanding tahun 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Fernandes dilaporkan menerima bayaran RM14,947,213 ditambah dengan elaun mesyuarat, perjalanan dan lain-lain sebanyak RM124,781, manakala Kamarudin yang merupakan pengerusi eksekutif Capital A pula menerima RM14,051,429. Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding RM4.8 juta yang diterima kedua individu tahun lalu.

Sebelum ini, kedua individu ini telah berjanji untuk tidak menerima gaji pada April 2020 bagi membantu syarikat yang terpalit dengan prestasi kewangan yang tidak menentu akibat COVID-19. Manakala pekerja AirAsia pula bersetuju untuk menerima potongan gaji sebanyak 75% pada masa itu.

Sebelum ini, Capital A turut menerima tempias daripada isu bayaran balik yang dihadapi AirAsia. AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) dalam kenyataan media pada Mac 2022 berkata bahawa syarikat telah menyelesaikan lebih 99% isu berkenaan permintaan bayaran balik yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Penyelesaian isu penerbangan yang dibatalkan dibuat dengan memberikan kembalian dalam bentuk akaun kredit, bayaran balik tunai ataupun penukaran penerbangan. Bagi permintaan bayaran balik tunai, difahamkan lebih 99% daripadanya telah berjaya diselesaikan dan selebihnya masih dalam proses pembayaran dan ianya dijagka selesai dalam beberapa bulan sahaja lagi.

Capital A tolak pinjaman RM500 juta selepas pengasas enggan jadi penjamin. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Capital A Tolak Pinjaman RM500 Juta Selepas Pengasas Enggan Jadi Penjamin

AirAsia Bakal Kenakan Semula Surcaj Bahan Api Sehingga RM60 Bermula 8 Mac Ini

AirAsia Kemas Kini Caj Daftar Masuk Melalui Kaunter, Harga Kembali Semula Kepada Asal